PENTINGKAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Ibu bapa perlu prihatin untuk membantu pendididkan anak-anak walaupun kehidupan ibu bapa serba kekurangan. Kita mahu melihat anak-anak kita menjejak kaki ke universiti sebagai lambang kejayaan pendidikan. Pengajian masa kini memerlukan sokongan kos yang tinggi. Ibu bapa perlu membuat tabungan khas untuk pendidikan anak-anak sendiri.

Ibu bapa perlu melakukan pelbagai usaha bagi memupuk anak-anak supaya belajar menabung sejak kecil lagi. Selain itu, ibu bapa juga boleh menyediakan insurans pendidikan untuk anak-anak dan perlu menyedari taraf hidup pada masa kini yang kian meningkat akibat harga bahan api kita yang meningkat secara mendadak menyebabkan segala barangan keperluan kita melambung naik tanpa kawalan yang mnyeluruh.

Dalam aspek kerjaya, ibu bapa perlu memberi perhatian apakah bidang yang diminati oleh anak-anak kita sama ada sebagai guru, bekerja dengan kerajaan, bidang perniagaan atau dalam bidang agama sebagai pendakwah.

Dalam meningkatkan pendidikan anak-anak, ibu bapa perlulah meningkatkan bahan-bahan bacaan bagi membantu anak-anak sendiri lebih memahami peluang pendidikan dan laluan kerjaya tempatan umpamanya melalui pengedaran majalah dan sebgainya.

Ibu bapa perlu memberi input kepada anak-anak kita dalam membantu penyaluran maklumat pendidikan serta peluang kerjayanya.

Ibu bapa perlu membiasakan anak-anak ke seminar-seminar atau bengkel-bangkel kerjaya bagi memberi pendedahan langsung kepada anak-anak menentukan aliran kerjaya mereka.

1 comments:

humaira' berkata...

salam.. topik yang dipilih penulis sangat sesuai untuk dibincangkan. Pendidikan anak-anak merupakan satu perkara yang sangat penting dalam membina keperibadiaan anak-anak. walaupun ibu bapa tidak hidup dalam kemewahan, namun aspek ini masih perlu diambil berat. Mari kita merujuk kepada wahyu pertama yg diturunkn kpd Nabi s.a.w yg memberikan makssud bahawa ilmu itu adalah aspek yang paling penting berbanding aspek lain, kerana dengan ilmu manusia akan dapat membina keimanan dan ketakwaan. Wallahu a'lam.

About