Imam al-Tirmizi meriwayatkan sepotong hadis yang panjang daripada Rasulullah s.a.w. berkenaan keadaan manusia pada akhir zaman. Baginda bersabda yang bermaksud: “Apabila umatku melakukan 15 perkara, maka mereka akan ditimpa bala”. Ada orang yang bertanya : “Apakah perkara-perkara itu wahai Rasulullah s.a.w.?” Baginda menjawab : 1. Apabila harta negara dibolot oleh satu golongan sahaja. 2. Amanah dianggap peluang untuk mengaut keuntungan duniawi. 3. Membayar zakat dianggap sebagai satu kerugian. 4. Lelaki patuh kepada isteri. 5. Lelaki derhaka kepada ibunya. 6. Mengutamakan kawan. 7. Menjauhkan diri daripada bapa sendiri. 8. Meninggikan suara di dalam masjid (bertengkar dan gelak ketawa duniawi). 9. Pemimpin dipilih daripada kalangan orang yang hina dan jahat. 10.Seseorang dimuliakan kerana kejahatannya. 11.Ramai orang meminum arak. 12.Ramai lelaki yang memakai sutera. 13.Penyanyi perempuan digemari. 14.Alat-alat muzik diminati ramai. 15.Orang yang kemudian daripada umat ini melaknat generasi terdahulu. “Apabila berlaku perkara-perkara ini, maka tunggulah ketibaan angin yang panas ataupun gerhana ataupun suatu perubahan yang besar” (Riwayat al-Tirmizi, no. 2210)

0 comments:

About